See You Di IPT

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.

Sabtu, 28 September 2013

" CYBER BULLYING".....satu perbuatan jenayah...


                                          بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMUALIKUM W.B.T...


apa khabar kepada semua pembaca dan penyokong blog saya ini. Diharapkan anda semua berada dalam keadan yang sihat sejahtera. InsyaAllah. Rasanya sudah lama saya sudah tidak mengepos entry terbaru saya di blog ini. InsyaAllah pada entry kali ini saya akan membawakan satu tajuk ataupun isu yang pada saat ini kian membimbangkan.


                                               


Pada entry kali ini, saya akan membawakan tajuk yang berkaitan dengan penyalahgunaan dunia siber. pada kebelakangan ini kita sering dikhabarkan dengan pelbagai kes yang melibatkan jenayah siber (cyber crime). Hal ini bukan sahaja hebat diperkatakan oleh masyarakat luar negara, malahan ada segelintir masyarakat di negara kita ini yang sudah heboh membicarakan hal ini. Secara tidak langsung, ia akan menyebabkan ancaman kepada pelbagai pihak.


Terdapat banyak contoh-contoh yang berkaitan dengan jenyah siber ini, contohnya penipuan perbankan di internet, ganguan internet, penyalah gunaan harta intelek dan banyak lagi. Tetapi, perkara yang saya akan tekankan di sini ialah ganguan internet yang difokuskan kepada pembulian siber (cyber bully).


                          


Pembulian siber adalah satu bentuk pembulian yang dilakukan secara dalam talian dan tiada had masa yang ditetapkan untuk melakukannya. Jadi, para pembuli siber mempunyai masa yang banyak untuk melakukan pembulian terhadap mangsanya itu. pelbagai medium yang digunakan secara atas talian (on-line) seperti Facebook, Twitter, Instagram serta blog.


Pembulian siber ini kebanyakannya berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Ramai yang beranggapan bahawa zaman persekolahan merupakan zaman yang terindah untuk dinikmati kerana banyak kenagan yang boleh dicipta sepanjang zaman itu. tetapi anggapan sebegitu tidak mungkin akan singgah di benak pemikiran seseorang yang menjadi mangsa pembulian siber.


Pembulian siber ini berpunca daripada ketidakpuasan hati seseorang terhadap seorang yang lain sama ada atas sebab perilaku, penampilan dan banyak lagi aspek yang ditunjukkan oleh si mangsa terhadap si pembuli. Perkara yang menambahakn lagi peningkatan jenayah siber ini adalah penggunaan teknologi yang didedahkan kepada generasi muda tanpa had kawalan. Mereka berasa lebih mudah untuk melakukan pembulian secara mental berbanding secara fizikal.








seseorang boleh rasa tertekan dengan adanya kata-kata negatif yang diberikan
                                  

Secara statistiknya, sehingga Oktober tahun lalu, sebanyak 60 kes pembulian siber dilaporkan ke Keselamatan Siber Malaysia di bawah kategori gangguan elektronik dan kebanyakannya berlaku di sekolah menengah di sekitar Lembah Klang. Itu hanya statistik yang dikeluarak pada penghujung bulan oktober yang lalu. Saya dapat merasakan kes pembulian siber ini telah berlakunya peningkatan dalam masa setahun ini.


                                     


Kesan daripada kes pembulian siber ini sangat besar sehinggakan ada mangsa yang boleh membunuh diri. Hal ini sudah terang lagi nyata sangat bersangkut paut dengan kesihatan mental seseorang mangsa. Sekiranya mangsa acap kali diseksa terhadap mental mereka "mentally tortured" maka, mereka akan berasa sangat tertekan yang boleh membawa kepada pembunuhan. Oleh yang demikian, pembulian siber merupakan salah satu kes jenayah yang sangat berat kerana, kesan daripada itu membolehkan mangsa berfikir secara tidak waras yang mendorong mereka untuk membunuh diri seperti terjun bangunan dan lain-lain lagi.



kesan yang paling besar akibat " cyber bully"
-bunuh diri-
                              

Kebanyakan para pembuli seber ini merupakan seseorang yang memang suka bersangka buruk terhadap orang lain. Tetapi, ada juag pembuli siber ini seseorang yang pernah dan sering kali dibuli oleh rakan-rakan mereka di sekolah. Orang-orang seperti ini akan mengambil jalan yang mudah bagi membalas semula perbuatan yang telah dilakukan oleh rakan-rakan terhadapnya. Mereka dengan mudah boleh meluahkan kemarahannya di laman sosial kerana, melalui laman sosial seperti ini, mereka tidak perlu bersemuka dengan orang lain dan juga tidak akan mengambil sebarang risiko atas perbuatannya itu. Bagi membuktikan bahawa mereka juga berupaya untuk membuli orang lain, golongan seperti ini akan menggunakan media sosial untuk melakukan pembulian siber.



Melalui Seksyen 223, Akta Komunikasi Dan Multimedia, sebarang komen, permintaan, cadangan atau setiap komunikasi yang kedengaran lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau serangan dengan niat untuk menjengkelkan, memaki, mengancam atau mengacau orang yang lain dianggap suatu kesalahan. Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.

Jadi, pembulian siber adalah satu perkara serius yang perlu diberikan perhatian kerana kanak-kanak yang mengalaminya boleh membawa kepada masalah kemurungan serta keresahan hingga ada yang menyebabkab untuk membunuh diri. Walaupun ngeri untuk diperkatakan, ianya adalah satu kenyataan yang sudah terang lagi bersuluh kebenarannya. Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap perkembangan semasa dalam dunia teknologi ini seharusnya lebih peka untuk bersama-sama membanteras gejala negatif seperti ini supaya permasalahan yang kian menular ini dapat dikurangkan sekali gus menghentikannya.


                                    



wasalam.... 



Khamis, 11 April 2013

CUDIPT to my friends...:)

Assalamualaikum W.B.T....

ni adalah post yang pertama saye...excited nye nak tulis blog nyh...haha...yelah mane x nye, macam2 yang saye boleh kongsi kat sini...dalam masa yang sama boleh jugak berdakwah...bukan ape, masyarakat skunk ny dah lupa dah tanggungjawab yang sangat dituntut tu...banyak pahala tau kita boleh dapat..dalam pada kita soronok citer hal2 dunia, boleh jerk kita selitkan dengan perkara tentang akhirat...betol x???...eh tetibe jadi ustaz plak...haha...mesti ade yang bace post ny tanye kenapa name name blog saye CUDIPT...cuba korang eja satu demi satu huruf tu...macam nyhh...See You Di IPT...pernah dengar x??..mesti pernah kan ...one of the feymes song by UNIC...korang suke x lagu tu???...saye suka sangat...sebab lagu tuh boleh mengingatkan saye kat sekolah lama saye (MRSM Alor Gajah)....haaa...pasal maktab saye tuh next post lah ye..hehe..banyak kenangan kat sane...bekenaan dengan lagu tuh..liric dy sangat menarik...sesuai lah dengan bebudak sekolah zaman skunk...liric tentang percintaan yang berasas kan Islam...percintaan macam tuh baru betol...bukannye yang macam skunk yang jadi kat bebudak zaman skunk...banyak lagi bende menarik yang ada pada lagu tuh..ermmm...untuk post kali nyh...sampai sini dulu lah ye...kat sini saya sertakan dengan video lagu CUDIPT...for those yang x pernah dengar lagu tu...haaa...dengar lah bebanyak kali...haha...k...wasalam..(^_^)